Rabu, 10 Julai 2013


KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat.ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.punca utama seranagn penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.

 

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.pepatah ada mengatakan “diri anda ialah apa yang anda makan”dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan .corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.

 

Seorang pakar makanan daripada Amareka syarikat frances m lappe berkata rakyat negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan .Dalam bukunya diet for a small planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging,lemak,gula,alkohol,bahan penambah rasa tetapi kurang memakan makanan berserat.

 

TERLALU BANYAK LEMAK

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protien,vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolestrol.Lemak boleh menyebabkan kegemukan ,pendorong sakit jantungdan meningkatkan serangan kanser sementara kolestrol menjadi punca utama penyakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan krepek juga mengandungi banyak lemak dan kolestrol begitu juga dengan makanan dan jualan penjaja.makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.